Skip to main content

Apa itu Keto? (Pengenalan)

 



Ketogenik diet adalah diet yang hampir sama dengan diet Atkin. Cuma diet keto lebih kepada diet yang sangat-sangat rendah karbohidrat. Dicadangkan untuk diet ini cuma 20-30gram sahaja tau karbohidrat. Gula atau minuman manis tak boleh usik langsung tau.

Nak disenangkan cerita, diet ini Ia melibatkan pengurangan pengambilan karbohidrat secara drastik dan menggantikannya dengan lemak. Pengurangan karbohidrat ini menjadikan tubuh anda berada dalam keadaan metabolik yang disebut ketosis.

Apa pulak ketosis tu? hahaha

Kalau kita tengok piramid diet keto ni, kita boleh tengok pengambilan karbohidrat sangat-sangat sikit dan pengambilan tinggi lemak dalam hidangan perlu banyak supaya kita kekal kenyang dan senang untuk dapat ketosis. Protein disarankan ambil dalam sederhana sahaja.


So apa itu ketosis? ok, nak diceritakan proses ketosis ini sangat rumit dan panjang. Takut sampai esok baca pun tak habis. Untuk dimudahkan cerita kepada umum, apabila proses ketosis ini berlaku, badan anda menjadi sangat cekap dalam membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. 

Ia juga mengubah lemak menjadi keton di dalam organ hati kita, yang dapat membekalkan tenaga untuk otak. Diet ketogenik boleh menyebabkan penurunan kadar gula darah dan insulin yang ketara. Ini, bersama dengan peningkatan keton, mempunyai beberapa manfaat kesihatan seperti dapat cegah obesiti, kencing manis, hati berlemak dan sakit buah pinggang, darah tinggi dan lain-lain lagi. 


So kalau diet-diet lain kita gunakan glucose untuk kita dapat tenaga..betul tak? Tapi kalau diet keto pula, ketone tu adalah tenaga alternatif untuk kita dapatkan tenaga dengan cara membakar lemak. 

So macam mana nak start diet keto? ok, dia perlukan banyak tips, panduan dan strategi. Tunggu cikgu update seterusnya yaa.. yahoo..

Sebarang pertanyaan dan apa-apa pendapat sila komen kat bawah. Jangan tak komen tau!!

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu intermittent Fasting?

 Assalamualaikum semua... Salah Sejahtera Selamat datang ke blog keto cikgu Joyy. Hahaha. Ok lah untuk posting awal-awal ini cikgu nak bagitahu sedikit tentang informasi berkaitan dengan apakah itu Intermittent fasting. Memandangkan ramai orang tanya. So Cikgu akan jelaskan dengan ringkas dan padat. Cikgu tahu masing-masing malas membaca. Tapi jangan risau cikgu pun malas tulis panjang-panjang. Hahahaha.. Ok Jom... Apakah itu intermittent fasting? Ok Baiklah, intermittent Fasting ini adalah puasa berkala atau puasa rawatan. Alahh macam puasa biasa masa kita puasa bula ramadhan tuu.. cumanya intermittent Fasting atau IF ni, boleh minum air kosong. Kalau puasa biasa isnin khamis confirm-confirm lah batal puasa.  Untuk menjadikan IF itu lebih effective dan berkesan, syaratnya anda kena berpuasa selama 16 jam. 16 jam sahaja..bukan lama sangat pun.. hahaha. Ingat yaa waktu puasa 16 jam, dan waktu makan 8 jam sahaja. Maksudnya sepanjang 8 jam anda boleh makan. Sebagai contoh pukul 8...

Selamat Datang Ke Blog Cikgu Joyy!

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar diucapkan kepada anda semua. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi follow blog Cikgu Joyy. Sebenarnya tujuan cikgu buka blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman cikgu tentang melakukan Intermittent Fasting dan Ketogenik Diet. Ok ini baru mula-mula tau. Cikgu tak post banyak-banyak lagi. Nak cikgu explain pasal Biologi boleh ke FB page Cikgu Joyy Biologi. Kat situ memang saya share atau ajar berkaitan dengan subjek biologi lah untuk sekolah-sekolah aliran sains.  Tapi kalau dekat blog ni memang saya akan post tentang IF dan ketogenik diet. Bahasa cikgu kat sini pun tak terlalu skema. Just santai-sanati relax jeee. So nanti takde lah orang nak copy-copy bagai. Ataupun kalau skema sangat penulisannya nnti takut tidur pulak korang nanti, hehehe Cikgu Joyy memang dah berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan IF dan Keto ini. Kini sudah tiba masanya untuk Cikgu Joyy sekolahkan orang-orang obesiti diluar sana untuk ...

Resepi Simple Keto : Bolognese Tortilla Telur

 Assalamualaikum. Untuk pengetahuan kalau macam saya biasanya suka buat menu keto yang simple-simple. Sumpah sangat simple. Bahan pun tak banyak. Hahahaha. So tak ada alasan untuk anda semua untuk malas nak masak. Untuk menu IF-Keto saya hari ini, cikgu Joyy nak share resepi mudah Bolognese Tortilla Telur. Entah main hentam je tajuk. Reason dia sebab jadikan telur tu macam tortilla lepastu isi dia macam bolognese. Hahahaha Jom kita start Keto Telur Tortilla Bahan-bahan Telur 3 biji gred B/ kalau gred A letak 2 biji je. bawang merah dipotong dadu 2 cubit Cara-cara Goreng je macam biasa. Takkan goreng telur pun tak tahu. Hahahaha Bolognese keto Bahan-bahan Unsalted butter 2 sudu besar Minyak masak OOCO/ Minyak kelapa sawit pun boleh 2 sudu 1 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih potong halus  daging cicang 1 cawan atau sesuka hati lah nak letak berapa banyak tomato purree 1 cawan 1 sudu cili boh sayur bayam (daun sahaja, cikgu tak suka batang dia) satu genggam garam himalaya...