Assalamualaikum. Untuk pengetahuan kalau macam saya biasanya suka buat menu keto yang simple-simple. Sumpah sangat simple. Bahan pun tak banyak. Hahahaha. So tak ada alasan untuk anda semua untuk malas nak masak.
Untuk menu IF-Keto saya hari ini, cikgu Joyy nak share resepi mudah Bolognese Tortilla Telur. Entah main hentam je tajuk. Reason dia sebab jadikan telur tu macam tortilla lepastu isi dia macam bolognese. Hahahaha
Jom kita start Keto
Telur Tortilla
Telur 3 biji gred B/ kalau gred A letak 2 biji je.
bawang merah dipotong dadu 2 cubit
Cara-cara
Goreng je macam biasa. Takkan goreng telur pun tak tahu. Hahahaha
Bolognese keto
Bahan-bahan
Unsalted butter 2 sudu besar
Minyak masak OOCO/ Minyak kelapa sawit pun boleh 2 sudu
1 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih potong halus
daging cicang 1 cawan atau sesuka hati lah nak letak berapa banyak
tomato purree 1 cawan
1 sudu cili boh
sayur bayam (daun sahaja, cikgu tak suka batang dia) satu genggam
garam himalaya secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan butter dan minyak masak
2. Tumis bawang putih dan merah sampai keeprangan
3. Letak cili boh dah tomato puree
4. Letak daging cincang dan masak sampai sedikit kering
5. Letak garam himalaya
6. Letak sayur bayam dan sebatikan gaul2 kan.
7. Apabila bolognese sudah masak, letakkan pada tortilla dan lipat telur tersebut macam
dalam gambar.
siap..pantas..senang...mudah..simple pel pel pel!. Hahaha
Macam banyak pulak bahan dia, kata 5 je bahan. Hahahaha.. Kira ok lah tu kann.. 5 bahan utama, Telur, daging cincang, tomato purree, bayam dan butter. Yang lain-lain tu memang dah ada kat dapur.
Ok goodluck semua.. Sedap tau resepi ni.. Kenyangggg..

Comments
Post a Comment