Skip to main content

Apa itu intermittent Fasting?

 Assalamualaikum semua... Salah Sejahtera

Selamat datang ke blog keto cikgu Joyy. Hahaha. Ok lah untuk posting awal-awal ini cikgu nak bagitahu sedikit tentang informasi berkaitan dengan apakah itu Intermittent fasting. Memandangkan ramai orang tanya. So Cikgu akan jelaskan dengan ringkas dan padat. Cikgu tahu masing-masing malas membaca. Tapi jangan risau cikgu pun malas tulis panjang-panjang. Hahahaha.. Ok Jom...


Apakah itu intermittent fasting?

Ok Baiklah, intermittent Fasting ini adalah puasa berkala atau puasa rawatan. Alahh macam puasa biasa masa kita puasa bula ramadhan tuu.. cumanya intermittent Fasting atau IF ni, boleh minum air kosong. Kalau puasa biasa isnin khamis confirm-confirm lah batal puasa. 

Untuk menjadikan IF itu lebih effective dan berkesan, syaratnya anda kena berpuasa selama 16 jam. 16 jam sahaja..bukan lama sangat pun.. hahaha. Ingat yaa waktu puasa 16 jam, dan waktu makan 8 jam sahaja. Maksudnya sepanjang 8 jam anda boleh makan.

Sebagai contoh pukul 8 malam anda start puasa.. lepastu kiralah sendiri 16 jam. Start puasa 8 malam so start makan balik pukul 12 tengah hari. Lepastu start puasa balik pukul 8 malam. Faham tak?  Ok saya jelaskan dalam point2 supaya anda semua lebih faham..

Start IF: 8 malam sampai 12 tengah hari
Start makan: 12 tengah hari sampai 8 malam.

anda juga boleh start IF bila-bila yang anda suka, macam contoh kalau anda nak makan pukul 6 pagi. So startlah IF pukul 2 petang. 


Ok jadi cikgu harap kamu semua faham dengan apa yang cikgu jelaskan. Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang cikgu nak share dengan anda semua. So sentiasalah buka blog cikgu. Sosial media cikgu akan share-share tips ini ok. Then cikgu ada jugalah nak bagi reason secara saintifik macam Intermittent fasting ini boleh buat kita kurus. Macam-macamlah kelebihannya nanti kalau kita amalkan IF ni. So Stay tuned..









Comments

Popular posts from this blog

IF dan PUASA ISLAM.. Apa beza??

  Sumber gambar diambil dari Group FB   IF with Dr Jue. Jangan lupa subscribes. Apa beza puasa Islam dengan Intermittent Fasting? Sebelum itu, anda semua perlu diingatkan bahawa berpuasa adalah bukan jenis diet. Tetapi ia adalah lebih kepada gaya hidup sihat atau life style kita hari-hari.   Intermittent Fasting merupakan puasa rawatan yang dimana kita hendaklah berpuasa paling minima selama 16 jam. Boleh berpuasa lebih 16 jam juga ikut keperluan badan masing-masing. Dan peraturan ketika berpuasa rawatan adalah anda tidak boleh makan langsung kecuali minum air kosong sahaja. Manakala puasa islam adalah boleh dikatakan puasa kering. Dimana kita berpuasa selama lebih kurang 14 jam tanpa makan dan juga minum. Dan umat islam digalakkan untuk berpuasa sunat hari Isnin dan khamis kerana itu adalah sunnah dan dapat pahala. Dibawah ini merupakan plan jadual kombinasi antara Intermittent Fasting dengan Puasa sunat isnin khamis. Alang-alang buat IF tu apa kata kita puasa ...

Selamat Datang Ke Blog Cikgu Joyy!

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar diucapkan kepada anda semua. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi follow blog Cikgu Joyy. Sebenarnya tujuan cikgu buka blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman cikgu tentang melakukan Intermittent Fasting dan Ketogenik Diet. Ok ini baru mula-mula tau. Cikgu tak post banyak-banyak lagi. Nak cikgu explain pasal Biologi boleh ke FB page Cikgu Joyy Biologi. Kat situ memang saya share atau ajar berkaitan dengan subjek biologi lah untuk sekolah-sekolah aliran sains.  Tapi kalau dekat blog ni memang saya akan post tentang IF dan ketogenik diet. Bahasa cikgu kat sini pun tak terlalu skema. Just santai-sanati relax jeee. So nanti takde lah orang nak copy-copy bagai. Ataupun kalau skema sangat penulisannya nnti takut tidur pulak korang nanti, hehehe Cikgu Joyy memang dah berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan IF dan Keto ini. Kini sudah tiba masanya untuk Cikgu Joyy sekolahkan orang-orang obesiti diluar sana untuk ...