Skip to main content

Selamat Datang Ke Blog Cikgu Joyy!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar diucapkan kepada anda semua. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi follow blog Cikgu Joyy. Sebenarnya tujuan cikgu buka blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman cikgu tentang melakukan Intermittent Fasting dan Ketogenik Diet. Ok ini baru mula-mula tau. Cikgu tak post banyak-banyak lagi. Nak cikgu explain pasal Biologi boleh ke FB page Cikgu Joyy Biologi. Kat situ memang saya share atau ajar berkaitan dengan subjek biologi lah untuk sekolah-sekolah aliran sains. 

Tapi kalau dekat blog ni memang saya akan post tentang IF dan ketogenik diet. Bahasa cikgu kat sini pun tak terlalu skema. Just santai-sanati relax jeee. So nanti takde lah orang nak copy-copy bagai. Ataupun kalau skema sangat penulisannya nnti takut tidur pulak korang nanti, hehehe


Cikgu Joyy memang dah berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan IF dan Keto ini. Kini sudah tiba masanya untuk Cikgu Joyy sekolahkan orang-orang obesiti diluar sana untuk kuruskan badan mereka. Ohh ya lagi satu.. Keto diet ni sesuai tau untuk orang kencing manis.


So cikgu harap kamu semua yang masuk ke blog cikgu ini semoga anda dapat manfaat dari apa yang cikgu akan share nanti. Nama blog pun dah keto, ofkos cikgu akan share banyak pasal berkaitan dengan ketogenik diet dan intermittent fasting. 

Bagus ke buat Keto dengan IF ini? cikgu ada jual produk-produk ke untuk bantu kita buat IF keto ni?? haaaa nnti cikgu akan explain dengan lebih lanjut.. 



Kasik posing sikittt... kasik chan lahh cikgu Joyy nak posing maut. Hahahaha..
ok jangan lupa juga follow cikgu joyy di FB, instagram dan tiktok ok.. Byeee..


Comments

Popular posts from this blog

IF dan PUASA ISLAM.. Apa beza??

  Sumber gambar diambil dari Group FB   IF with Dr Jue. Jangan lupa subscribes. Apa beza puasa Islam dengan Intermittent Fasting? Sebelum itu, anda semua perlu diingatkan bahawa berpuasa adalah bukan jenis diet. Tetapi ia adalah lebih kepada gaya hidup sihat atau life style kita hari-hari.   Intermittent Fasting merupakan puasa rawatan yang dimana kita hendaklah berpuasa paling minima selama 16 jam. Boleh berpuasa lebih 16 jam juga ikut keperluan badan masing-masing. Dan peraturan ketika berpuasa rawatan adalah anda tidak boleh makan langsung kecuali minum air kosong sahaja. Manakala puasa islam adalah boleh dikatakan puasa kering. Dimana kita berpuasa selama lebih kurang 14 jam tanpa makan dan juga minum. Dan umat islam digalakkan untuk berpuasa sunat hari Isnin dan khamis kerana itu adalah sunnah dan dapat pahala. Dibawah ini merupakan plan jadual kombinasi antara Intermittent Fasting dengan Puasa sunat isnin khamis. Alang-alang buat IF tu apa kata kita puasa ...

Apa itu intermittent Fasting?

 Assalamualaikum semua... Salah Sejahtera Selamat datang ke blog keto cikgu Joyy. Hahaha. Ok lah untuk posting awal-awal ini cikgu nak bagitahu sedikit tentang informasi berkaitan dengan apakah itu Intermittent fasting. Memandangkan ramai orang tanya. So Cikgu akan jelaskan dengan ringkas dan padat. Cikgu tahu masing-masing malas membaca. Tapi jangan risau cikgu pun malas tulis panjang-panjang. Hahahaha.. Ok Jom... Apakah itu intermittent fasting? Ok Baiklah, intermittent Fasting ini adalah puasa berkala atau puasa rawatan. Alahh macam puasa biasa masa kita puasa bula ramadhan tuu.. cumanya intermittent Fasting atau IF ni, boleh minum air kosong. Kalau puasa biasa isnin khamis confirm-confirm lah batal puasa.  Untuk menjadikan IF itu lebih effective dan berkesan, syaratnya anda kena berpuasa selama 16 jam. 16 jam sahaja..bukan lama sangat pun.. hahaha. Ingat yaa waktu puasa 16 jam, dan waktu makan 8 jam sahaja. Maksudnya sepanjang 8 jam anda boleh makan. Sebagai contoh pukul 8...